Tuesday, November 30

Salam sayang anak-anak didik cikgu..
MQA
MQA adalah singkatan bagi Malaysian Qualifications Agency (Agenci Kelayakan Malaysia). Terdapat universiti dan kolej yang tidak diiktiraf oleh Malaysia. Pastikan universiti atau kolej yang anda pilih diiktiraf oleh MQA.

Screenr
Merupakan salah satu daripada contoh screencast atau juga dikenali sebagi video screen capture. Ia sangat menakjubkan! Anda boleh layari di http://screenr.com/  Ia sesuai sebagai alat bantu mengajar (ABM) dalam pembelajaran dan pengajaran. Cubalah sendiri!!



Permata yang perlu digilap
Cikgu masih tercari-cari murid yang berkemahiran dalam ICT yang dapat membantu cikgu dari segi berkongsi idea dan pengalaman dalam ICT. Bidang ICT terlalu luas. Masih banyak perlu cikgu pelajari dalam bidang yang mencabar ini. ICT merupakan suatu bidang yang memerlukan usaha yang gigih untuk mendalaminya dan membuatkan kita sentiasa ingin tahu tentang teknologi maklumat terkini. Kita akan ketinggalan kebelakang dengan begitu cepat jika kita tidak mengejar ilmu ICT yang pantas berlari meninggalkan kita. Oleh itu dalami lah ilmu kerana ilmu yang ada di dada kita umpama setitis air di lautan.
Kelab Komputer SMK Seksyen 24(2) memerlukan murid yang berkemahiran dalam ICT. Semasa di SMK Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Mohd Amin merupakan seorang murid yang amat meminati bidang ini dan telah dianugerahkan Tokoh ICT sekolah. Cikgu amat berbangga dengan pencapaian tersebut. Jangan segan dan malu.. sila tampil ke hadapan supaya kita sama-sama berganding bahu meningkatkan ICT di sekolah.

Khas Buat Renungan Anak Didik Cikgu SMK Seksyen 24(2)... khususnya kelas 3 Delima 2010
Ilham diperolehi semasa menanda kertas percubaan Matematik PMR

Muridku sayang, ..
Kamu insan mulia.. istimewa,
Senyuman dan gurau sendamu amat kurindu,
Kamu menceriakan hari-hariku menempuh alam pendidikan yang kian mencabar,
Perjalanan masih panjang... seperti tiada noktah,
Ku mohon padamu Allah ,
Berikan aku kesabaran dalam mendidik anak bangsa,
Teguhkanlah keimananku..
Janganlah Kau uji diriku dengan sesuatu yang tidak mampu aku menanggungnya..

Muridku sayang,
Tiada jalan mudah menempa kejayaan,
Ingatlah.. usaha, doa dan tawakal senjata yang paling utama,
Kudoakan kamu tidak mudah putus asa,
Terus berusaha.. sentiasa istiqamah,
Berdoalah kepadaNya tanpa rasa jemu,
Ingatlah.. hanya pada Allah kita memohon pertolongan..

Muridku sayang,
Air mataku menitis mendoakan kejayaanmu,
Keikhlasanku tidak kupinta sebarang balasan,
Pengorbananku juga tidak kupinta sebarang penghargaan,
Hanya titipan doa buat diriku ini...
Iaitu kebahagiaan dunia dan akhirat..amin.
... Semoga anak muridku berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi ...
Sekian,
Salam sayang dari Cikgu Rashidah Karnain... 2010

(Juga buat  puteraku: Irfan, Imran, Iqbal dan Iman: Sayangi dan kasihi kedua ibubapamu)

Monday, November 29

Salam sayang Anak-anak didik Cikgu!!

Free Internet Access is a Fundamental Human Right!
Internet is the oxygen of learning in the 21st century, and without it we are denying millions (1.57 billion Muslims around the world) of people access to learn (e.g. free learning resources), even if educational institutions have no space for them. Also, the Internet provides people an amazing platform (ecosystem) to connect, network, innovate, and do business directly and indirectly. ...by Zaid Ali Alsagoff


Dr.Zaid Ali Alsagoff merupakan seorang yang inovatif. Cikgu mula mengenali beliau apabila melayari portal e-learning in Malaysia. Cikgu berminat dengan blog beliau kerana di dalamnya penuh dengan maklumat yang amat berguna untuk para pendidik terutama dalam bidang ICT. Insya allah cikgu akan kongsikan apa yang terdapat di dalam blognya atau boleh layari sendiri blog beliau di http://zaidlearn.blogspot.com/

Tajuk Buku: Master Your Mind Design Your Destiny/Kuasai Minda Bina Masa Depan Anda
Penulis Bestseller di Malaysia dan Singapura Adam Khoo dan Stuart Tan
Sebuah buku yang perlu dimiliki oleh anak-anak didik cikgu. Tidak rugi membacanya! Adam Khoo seoarang pakar motivasi warganegara Singapura. Melalui buku tulisan beliau, Cikgu tertarik dengan Pola Kecemerlangan yang dipelopori oleh beliau. Beliau telah membuat kajian ke atas orang-orang yang berjaya. Beliau mencari strategi-strategi yang digunakan sehingga mereka mencapai kejayaan dalam hidup masing-masing. Strategi-strategi ini lah terhasilnya Pola Kecemerlangan. Dulu Adam Khoo hanyalah seorang murid yang lemah dalam akademik dan selalu berfikiran negatif. Semuanya bermula apabila beliau mengikuti satu program mengenai minda. Ikutilah kisah hidupnya dalam buku ini.. menarik sangat! Pada pandangan cikgu jika kita hendak berjaya, kita seharusnya menjadikan orang-orang yang telah berjaya sebagai role model.Selamat membaca!

LearnRealEnglish
Nak belajar bahasa Inggeris...!Website yang paling cikgu minati. Ia mengandungi tip-tip untuk menguasai kemahiran bertutur dalam Bahasa Inggeris. Lain dari yang lain... cubalah! Tip tersebut dalam bentuk video dan freedownload! Selamat mencuba!
Sila layari di http://learnrealenglish.com/

Knowledge Management (KM) comprises a range of strategies and practices used in an organization to identify, create, represent, distribute, and enable adoption of insights and experiences. Such insights and experiences comprise knowledge, either embodied in individuals or embedded in organizational processes or practice. An established discipline since 1991 (see Nonaka 1991), KM includes courses taught in the fields of business administration, information systems, management, and library and information sciences (Alavi & Leidner 1999). More recently, other fields have started contributing to KM research; these include information and media, computer science, public health, and public policy.
read more.......http://en.wikipedia.org/wiki/Knowledge_management

Human–computer interaction (HCI) is the study of interaction between people (users) and computers. It is often regarded as the intersection of computer science, behavioral sciences, design and several other fields of study. Interaction between users and computers occurs at the user interface (or simply interface), which includes both software and hardware; for example, characters or objects displayed by software on a personal computer's monitor, input received from users via hardware peripherals such as keyboards and mice, and other user interactions with large-scale computerized systems such as aircraft and power plants. The Association for Computing Machinery defines human-computer interaction as "a discipline concerned with the design, evaluation and implementation of interactive computing systems for human use and with the study of major phenomena surrounding them."[1] An important facet of HCI is the securing of user satisfaction (see Computer user satisfaction).
read more... http://en.wikipedia.org/wiki/Human_Computer_Interaction