Tuesday, November 30

Salam sayang anak-anak didik cikgu..
MQA
MQA adalah singkatan bagi Malaysian Qualifications Agency (Agenci Kelayakan Malaysia). Terdapat universiti dan kolej yang tidak diiktiraf oleh Malaysia. Pastikan universiti atau kolej yang anda pilih diiktiraf oleh MQA.

Screenr
Merupakan salah satu daripada contoh screencast atau juga dikenali sebagi video screen capture. Ia sangat menakjubkan! Anda boleh layari di http://screenr.com/  Ia sesuai sebagai alat bantu mengajar (ABM) dalam pembelajaran dan pengajaran. Cubalah sendiri!!



Permata yang perlu digilap
Cikgu masih tercari-cari murid yang berkemahiran dalam ICT yang dapat membantu cikgu dari segi berkongsi idea dan pengalaman dalam ICT. Bidang ICT terlalu luas. Masih banyak perlu cikgu pelajari dalam bidang yang mencabar ini. ICT merupakan suatu bidang yang memerlukan usaha yang gigih untuk mendalaminya dan membuatkan kita sentiasa ingin tahu tentang teknologi maklumat terkini. Kita akan ketinggalan kebelakang dengan begitu cepat jika kita tidak mengejar ilmu ICT yang pantas berlari meninggalkan kita. Oleh itu dalami lah ilmu kerana ilmu yang ada di dada kita umpama setitis air di lautan.
Kelab Komputer SMK Seksyen 24(2) memerlukan murid yang berkemahiran dalam ICT. Semasa di SMK Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Mohd Amin merupakan seorang murid yang amat meminati bidang ini dan telah dianugerahkan Tokoh ICT sekolah. Cikgu amat berbangga dengan pencapaian tersebut. Jangan segan dan malu.. sila tampil ke hadapan supaya kita sama-sama berganding bahu meningkatkan ICT di sekolah.

Khas Buat Renungan Anak Didik Cikgu SMK Seksyen 24(2)... khususnya kelas 3 Delima 2010
Ilham diperolehi semasa menanda kertas percubaan Matematik PMR

Muridku sayang, ..
Kamu insan mulia.. istimewa,
Senyuman dan gurau sendamu amat kurindu,
Kamu menceriakan hari-hariku menempuh alam pendidikan yang kian mencabar,
Perjalanan masih panjang... seperti tiada noktah,
Ku mohon padamu Allah ,
Berikan aku kesabaran dalam mendidik anak bangsa,
Teguhkanlah keimananku..
Janganlah Kau uji diriku dengan sesuatu yang tidak mampu aku menanggungnya..

Muridku sayang,
Tiada jalan mudah menempa kejayaan,
Ingatlah.. usaha, doa dan tawakal senjata yang paling utama,
Kudoakan kamu tidak mudah putus asa,
Terus berusaha.. sentiasa istiqamah,
Berdoalah kepadaNya tanpa rasa jemu,
Ingatlah.. hanya pada Allah kita memohon pertolongan..

Muridku sayang,
Air mataku menitis mendoakan kejayaanmu,
Keikhlasanku tidak kupinta sebarang balasan,
Pengorbananku juga tidak kupinta sebarang penghargaan,
Hanya titipan doa buat diriku ini...
Iaitu kebahagiaan dunia dan akhirat..amin.
... Semoga anak muridku berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi ...
Sekian,
Salam sayang dari Cikgu Rashidah Karnain... 2010

(Juga buat  puteraku: Irfan, Imran, Iqbal dan Iman: Sayangi dan kasihi kedua ibubapamu)

No comments:

Post a Comment